Pengasas KIDU
Almarhum Dato' Ustaz Hj. Fadzil Bin Mohd Nor
“Adalah menjadi harapan saya agar Muassasah Darul Ulum yang sama-sama kita asaskan ini akan dapat melahirkan ulamak yang mampu mendokong dan melaksanakan Islam sebagai cara hidup, melahirkan intelektual Islam yang berkemampuan dalam berbagai bidang kehidupan dan mampu menangani permasalahan ummah dan negara”
BAPA PENUBUHAN KIDU
Assalamu'alaiku wrt. wbt. Tuan/Puan yang dirahmati Allah. Hasrat untuk mendirikan Pusat Pendidikan ini telah wujud lebih 12 tahun yang lalu setelah PAS Kedah berjaya membeli sebidang tanah seluas 35 ekar pada tahun 1984 dengan harga RM 600,000.00 di Batu 14 1/2, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena, Kedah.
Setelah melalui berbagai peristiwa pahit maung yang sukar dilupakan, pada hari ini sebuah bangunan Kompleks Pendidikan bernilai RM 1.16 juta sudah siap dibangunkan. Sekarang Fasa Kedua yang menelan belanja sekitar RM 600,000.00 pula akan dibangunkan. Untuk melihat kejayaan institusi pendidikan ini, saya merayu kepada dermawan agar tidak keberatan menghulurkan bantuan berupa kewangan atau kebendaan dalam meneruskan Fasa kedua ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama berganding bahu menjayakan projek ini. Jazakallahukhairan Kathira. Sekian, Wassalam.
Dato'Haji Fadzil Mohd Noor
SISTEM PENDIDIKAN MUASSASAH DARUL ULUM
|
1. Peringkat Rendah masa pengajian selama 5 tahun, dinamakan
SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL ULUM 2. Peringkat Menengah masa pengajian selama 7 tahun, dinamakan
SEKOLAH MENENGAH DARUL ULUM 3. Peringkat tinggi masa pengajian selama 3 tahun, dinamakan
KOLEJ ISLAM DARUL ULUM 
TUJUAN PENUBUHAN MUASSASAH DARUL ULUM
|
1. Melahirkan para ulama yang mampu mendokong dan melaksankan Islam sebagai cara hidup, serta mampu menangkis pakatan jahat musuh Islam dari dalam dan luar negara.
2. Menyedia dan melahirkan pemimpin Islam yang mampu menangani isu agama dan isu semasa.
3. Menyediakan kemudahan belajar di peringkat tinggi bagi anak-anak golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi tempatan dan luar negara.
4. Menyediakan kemudahan bagi tujuan imbangan pendidikan di sekolah-sekolah agama/bukan agama di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara.
Kolej Islam Darul Ulum ( KIDU ) adalah IPTS pertama tajaan ummah di negeri Kedah Darul Aman. Ianya ditubuhkan pada tahun 1997 bagi memenuhi aspirasi umat Islam di tanah air yang mahukan sebuah institusi pengajian Islam menurut kefahaman dan penghayatan Islam yang sebenar lagi dapat dikembangkan kepada ummah. ______________________________________________________________ BEKAS PENGARAH KIDU
DR ABDUL AZIZ BIN HANAFI
______________________________________________________________
KETUA BHG AKADEMIK
UST AHMAD BIN ABDULLAH
______________________________________________________________
PENSYARAH KIDU
DR ABDULLAH BIN IBRAHIM
_____________________________________________________________
PENSYARAH KIDU
UST YAHYA
______________________________________________________________
BEKAS PENOLONG PENSYARAH KIDU
UST SYUKRI
______________________________________________________________
PENOLONG PENSYARAH KIDU
UST SAAD JUMAAH AZAQHALUL AT-TANTAWI